Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X..
5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya.(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb) , jangan dengar orang mengumpat.
1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi
rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan
menjadikannya kurang aktif.
2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh
mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.
4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
5. Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
7. Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
9. Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
10. Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
insan yang cemerlang ialah insan yang sentiasa ingat kepada Allah
Tuhan beri kita seulas bibir dan 1 lidah... tak banyak pun.. tp sudah cukup utk menyakitkan dan melukakan org lain
Kehidupan ini sangatlah mulia, namun hidayah memerlukan seseorang yang berhak menerimanya. Mereka yang diketawakan oleh hidup sebenarnya menangis dan yang dikirim senyum oleh hidup sebenarnya terpaksa ketawa kerana sedar bahawa mereka tidak berhak menerima kekekalan itu.
Dalam satu kisah percintaan yang menarik.
Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.
Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik.
Kemudian si isteri bertanya kepada si suami.
Ini dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman
manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"
Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.
Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :
"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."
Kadang2 ALLAH hilangkan sekejap matahari.
Kemudian DIA datangkan pula guruh & kilat.
Puas kite mencari mana matahari .
Rupe-rupenye ALLAH hadiahkan kite pelangi yg indah.
MANUSIA HANYA MERANCANG, TUHANLAH YANG MENENTUKAN.
TETAPI JIKA KITA MERANCANG DAN 'BEKERJA KERAS'
DISERTAI KEYAKINAN 100% TERHADAP KUASA TUHAN, KITA PASTI AKAN BERJAYA.
Harta yg paling menguntungkan SABAR,
Teman yg paling akrab AMAL,
Pengawal peribadi yg paling waspada DIAM,
Bahasa yg paling manis SENYUM,
Ibadah yg paling indah KHUSYUK
Kita akan merasa BAHAGIA bila kita telah membahagiakan seseorang yang lain di sekeliling kita..
tapi kita akan merasa DERITA bila mana kita senantiasa mengharapkan seseorang untuk datang membahagiakan kita..
adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu..
hidup ini bukan sekadar untuk ketawa...
adakalanya kita perlu menangis agar kita dapat menghargai mahalnya setitis airmata..
KASIH SAYANG adalah rahmat tuhan...
Bila ada rasa SAYANG bermaksud hidup kita sentiasa dirahmati.
Kadang-kadang kite perlu berkorban untuk KASIH SAYANG itu...
bukan untuk dihargai,
tapi kerana kita percaya dan tahu ERTI sebenar KASIH SAYANG
Ya Allah Ya Tuhanku
Seandainya dia milikku
tercipta untukku
dekatkanlah dia padaku
satukanlah hatinya dan hatiku
tetapkanlah kemesraan antara kami
agar kebahagian ini abadi
Ya Allah Ya Tuhanku
seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
dan peliharalah diriku dari kekecewaan
Ya Allah Ya Tuhanku,
berikanlah diriku kekuatan
melontarkan bayangannya ke dada langit
agarku rasa bahagia
walaupun tanpa dirinya
gantikanlah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tak sama dengan dirinya
seandainya dia datang menemuiku
cinta itu adalah cinta sejati dan satu
seandainya dia tidak datang menemuiku
anggaplah cinta itu tak wujud dari awal lagi
Ya Allah Ya Tuhanku
pasrahkanlah apa yang Engkau takdirkan
adalah yang terbaik untukku
kerana Engkau Maha Mengetahui
bahagia yang terbaik untuk hambaMu ini
Ya Allah cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku
di dunia dan di akhirat
dengarkanlah rintihan dari hambaMu yang daif ini
jangan Engkau biarkan diriku sendirian
di dunia mahupun di akhirat
menjuruskan ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama membina
kesejahteraan hidup yang Engkau redhai
dan kurniakanlah padaku
keturunan yang soleh dan solehah
Kisah Kaunseling
usahlah berbangga dengan pengetahuan yang kita miliki
kerana ia milik Ilahi..
manfaatkanlah ilmu untuk mendapat redha-Nya
bukan untuk mendapat kepentingan peribadi..
kerana itu saya mencipa kisah kaunseling ini..










