Powered By Blogger

Anda Bukan Gagal Tapi Belum Berjaya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

KEGAGALAN ADALAH SUKSES YANG TERTUNDA

Dalam sejarah dunia tuhan menunjukkan betapa fitrah alam menguji orang – orang yang hendak berjaya. Adakala ada benda yang kita benci, tapi baik untuk kita. Ada juga benda yang kita suka tetapi ia memudaratkan kita. Al – Baqarah ayat 216. sesungguhnya bagi setiap kesukaran itu akan ada kesenangan. Al – Isyirah.

Siapa yang mahu perubahan yang lebih baik, dia mesti mengubahnya dengan usaha sendiri. Tiada satu mesin ataupun azimat ajaib yang dapat digunakan bagi mengubah diri menjadi baik sekelip mata. Kita tidak boleh berjaya sekiranya kita mengatakan kita gagal. Napoleon ada berkata perkataan mustahil hanya ada dalam kamus orang bodoh.

Saya tidak mahu berjaya, saya mahu sangat berjaya. Bertekadlh tidak mahu lagi menoleh ke belakang. Pandang ke depan dan lihat kejayaan yang bakal dimiliki oleh anda. Berlumbalah bagi memperolehi apa sahaja yang memberikan manfaat kepadamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan berasa lemah.

Petua:

Tetapkan matlamat. Jangka pendek, sederhana dan panjang.

Tetapkan tumpuan. Semasa bermesyuarat, berbual, berbincang, berfikir, merancang, bermain, berunding,, menjawab peperiksaan,belajar , membaca, dll

Kemahiran 4M. Membaca, mendengar, menulis, membentang.

Jangan hangat – hangat Tahi Ayam. Sekiranya ingin menjadi lebih baik, elakkan daripada tabiat ini.

Jangan mengelak tugasan yang paling sukar. Selesaikan masalah yang paling sukar terlebih dahulu. Dengan itu, saudara boleh mengatasi kebimbangan dan kerunsingan ketika melakukan kerja – kerja lain. Ini dapat membina keyakinan dalam diri saudara.

Jangan cakap tak serupa bikin. Bertanggungjawab atas apa yang anda perkatakan. Tunjukkan kebijaksanaan dan kematangan anda. Tingkatkan prestasi kerja anda.

Tidak perlu genius, yang penting mahu belajar. Keinginan mahu belajar menjadi kunci utama kejayaan. Tidak perlu genius yang penting pandai bertanya. Elakkan diri daripada bersikap negatif dan bersangka buruk, malas berfikir, malas berusaha dan mudah putus asa. Tiada jalan singkat untuk anda berjaya. Anda perlu yakin, berusaha dan bertawakal kpada tuhan.

0 comments to “Anda Bukan Gagal Tapi Belum Berjaya.”

Post a Comment

Kisah Kaunseling

ilmu yang hakiki milik yang Esa bukan milik mutlak setiap insan..
usahlah berbangga dengan pengetahuan yang kita miliki
kerana ia milik Ilahi..

manfaatkanlah ilmu untuk mendapat redha-Nya
bukan untuk mendapat kepentingan peribadi..
kerana itu saya mencipa kisah kaunseling ini..