Powered By Blogger

aku dan cintaku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS


Cintakan Tuhan
Cintakan Nabi
Cintakan keluarga
Cintakan sahabat
Cinta sebagainya
Cinta itu adalah kekuatan
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi ria
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibah
Cinta itu mulia bila manusia memperindahkannya
Ia menjadi hina bila manusia mengotorkannya
Mengubah ukhwah menjadi musuh
Mengubah tawa menjadi tangis
Mengubah senyum menjadi lara

mimpi burukku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS


Aku miliki mimpi
Mimpi yang sangat buruk
Mimpi itu bermain dalam impian
Impian yang menjadi harapan
Mimpi itu mengejar aku
Hampir setiap waktu
Mimpi masa lalu yang sangat menakutkan
Mimpi masa kini yang tiada kesudahan
Mimpi itu menghalang aku
Tika terjaga aku masih di alam mimpi itu
Ia sentiasa di ingatanku
Mengikuti langkah kakiku
Pernah ku berharap
Agar aku kehilangan mimpi dan impian itu
Kerana aku tidak mahu bermimpi
Dalam impian itu lagi

Mengakhiri Kesedihan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

sedih dikhianati
sedih putus asa
sedih kecewa

sedih itu bukanlah penghujung segala kehidupan
selagi nafas masih ada di dada pasti ada harapan baru
dalam kehidupan yang belum pasti sejauh mana panjangnya perjalanan
sedih ibarat hujan yang turun ke lembah bumi membasahi alam ciptaan Tuhan
selebat hujan yang turun ke bumi itu pasti akan reda jua akhirnya
hujan yang turun menyembunyikan sinar mentari
adakala kehilangan mentari yang sebentar itu
akan berganti dengan pelangi yang indah seusai hujan

pelangi yang indah selepas hujan itu adalah ibarat doa selepas bersedih
kesedihan yang dihadapi perlu diatasi dengan rasional
kesedihan yang berpanjangan sangat tidak bermakna dan hanya memburukkan diri sendiri
kerana kesedihan hati merasa kosong
maka isi kekosongan hati dengan doa kepada Ilahi
menamatkan kesedihan dengan doa adalah penawar paling indah
berdoa agar diberi yang terbaik dalam kehidupan
berdoa mengharap sinar di hujung jalan yang gelap dan panjang
berdoa agar diubati kesedihan dan diampunkan dosa masa silam
doa yang indah kepada sang Pencipta memohon untuk mengubati duka lara
semoga hari kemudian yang menjelma memberikan sinar yang lebih bermakna

wudhu'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiriku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan ArasyMu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan : tingkatkan amalam jauhi kemungkaran.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

seketul keju & sehelai tuala kecil

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

kisah cinta abadi

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

Based on True Story...

Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak, disinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat, tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnya pun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.

Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya.

sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ),
pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun.
Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata :
"Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila bapak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku, jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu
mungkin bapak akan berkahwin lagi
tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku
itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."

Sejenak kerongkongannya tersekat
" Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia. Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain, bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno. Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya. Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu.

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno.

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis, tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru.

Disitulah pak suyatno bercerita. Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur.

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya. Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya. Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik.

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah. Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya, apalagi dia sakit. Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin hanya kepada Allah tempatsaya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya kerana DIA maha Mendengar

maksud aduh saleha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

Lagu : Aduh Saleha
Penyanyi : Mawi
Komposer : M. Nasir
Penulis Lirik : Rosli Khamis

ADUH SALEHA
=Rintihan ku kepada orang-orang yang soleh dan solehah

Mana rayuanku hendak ku sampaikan
=Bagaimana mungkin ku hendak sampaikan kata-kata nasihat

rindu berahiku pada kasih yang jauh
=Aku amat mendambakan kasih Tuhan tetapi aku masih jauh dari-Nya

jauh bukan jarak dan tempat
=bukan jauh jarak atau di mana aku berada

jauh nama dan pangkat
=tapi jauh dari segi amalan ku dan kedudukanku di sisi-Nya

Mana penggantimu hendak ku dakapkan
=Di mana aku hendak mencari penggantimu untuk ku bergantung

dendam asmaraku pada cinta yang luruh
=Aku inginkan cinta yang menyerahkan sepenuh jiwa dan jasad

luruh bukan daun dan bunga
=Bukan menyerahkan harta dan wang ringgit

luruh jiwa dan badan
=tetapi menyerahkan seluruh jiwa dan jasad

Bertahun ku sandar percaya
=Sudah lama kita menjadi seorang muslim dan mengamalkan suruhan-Nya

tak mungkin padam cahaya
=dan kasih dan cinta Tuhan tidak akan terhenti terhadap hamba-Nya

cintamu bagai rembulan
=Kasih sayang para solihin dan solehah sesama mukmin sentiasa terpancar dan tiada
hilang dipandangan

kala langit dilindung awan
=Namun, kekadang terlindung juga apabila ada yang menghalang (atau kita sendiri yang tidak mahu menerima)

Aduh mahkota terhempas
=Kekuasaan kita sebenarnya hampir musnah, raja-raja hilang kuasa, maruah anak-anak bangsa tiada (zina, maksiat dan hedoisme berleluasa)

barulah ku sedar,yang ku sangkakan intan oh hanyalah kaca
=Barulah kita perasan apa yang kita sangkakan baik selama ini adalah sebaliknya

Sesudah berdarah barulah ku sedar
=Apabila mengalaminya sendiri dan mendapat bala/musibah baru kita tersedar dari angan

jiwa ku tercalar ohhh.. sakitnya bukan kepalang
=Akhirnya jiwa kita tersiksa dan hati semakin gelap tanpa pedoman

Kau biarkan aku sendiri menderita susah - nasib hidupku saliha
=Orang-orang yang soleh dan solehah semakin jauh dari kita (kita yang menjadikanya begitu, bukan ?) Hidup kita susah (jiwa yang muflis) walaupun senang (harta bertimbun tanpa berkat)

Kau biarkan aku sendiri melewati sepi - dalam hidupku saliha
=Kita sudah kesepian kerana meninggalkan nasihat dan kata-kata orang-orang yang soleh
kau biarkan aku sendiri meratapi nasib - dalam derita saliha

Akhirnya kita terpaksa meratapi nasib kita yang penuh derita buatan kita sendiri
ohh......... saliha
=tolonglah aku orang-orang yang soleh

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat penulis lirik ini, Rosli Khamis atau Loloq.
Semoga rohnya dirahmati dan diberkati-Nya.

Marilah bersama-sama kita renung dan hayati kata-kata nasihat alim ulamak yang soleh dan solehah. Kalau tidak tahu, bertanya pada yang tahu, Malu bertanya sesat jalan, bertanya pada yang tahu.

Izinkan aku bertanya , sesudah nabi besar junjungan kita dan para sahabat tiada, kepada siapa kita hendak berpaut dan mendapat bimbingan?

Nota :
Kesedaran yang digambarkan ini mungkin kita akan sedari satu waktu nanti.
Mungkin kita sedari bila kita kurang kuasa (sudah tua) atau tiada kuasa(sudah tiada).
Adakah kita semakin dekat dengan Nur atau semakin lena dalam kegelapan?

Kisah Kaunseling

ilmu yang hakiki milik yang Esa bukan milik mutlak setiap insan..
usahlah berbangga dengan pengetahuan yang kita miliki
kerana ia milik Ilahi..

manfaatkanlah ilmu untuk mendapat redha-Nya
bukan untuk mendapat kepentingan peribadi..
kerana itu saya mencipa kisah kaunseling ini..