Powered By Blogger

Cintaku kerana Agamamu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS



Cinta masa kini tidak mudah mencari yang mulia
Banyak cinta masa kini yang bukan dengan redha-Nya
Banyak cinta masa kini hanya cinta buta yang mengejar dunia dan nafsu semata
Erti Cinta sebelum berkahwin dicemari zina dan lambakan mayat anak luar nikahnya

Erti Cinta selepas kahwin pula ada yang cepat merasa bosan, bercerai, tidak setia dan sebagainya
Perkahwinan itu bukan sementara
Perkahwinan itu selamanya
Ia mengharapkan kejujuruan, kesetiaan dan pengorbanan hingga ke akhir hayat

Hargailah cinta anugerah Yang Esa
Semoga kita ditakdirkan sentiasa menghargai cinta untuk mengharap syurga di sana
Bukan cinta yang hanya singgah di dunia semata


The Power of True Love

Bahagia yang nyata dan bahagia yang palsu besar bezanya
Bahagia dalam perhubungan keluarga, perhubungan saudara, perhubungan sesama manusia
Mencari bahagia yang hakiki itu sangat sukar bagi mereka yang merasakan ia sukar.
Dalam kehidupan seharian kita dikelilingi makhluk ciptaan Tuhan yang bermula dengan perhubungan atau ukhwah
Ada hubungan yang lama dibina dengan ikatan perkahwinan yang mulia
Ada hubungan yang hanya sementara tercipta dan berpisah bila tiba masanya
Ada perhubungan yang panjang namun tidak dapat menghargai nilai kasih sayang di hujung pengorbanan
Bagi hubungan yang sementara pula ia menjadi indah dengan penghargaan yang berkekakalan
Adakah antara dua itu salah satu yang lebih baiknya?
Adakah ada yang lebih baik dari kedua itu?
Sebenarnya bukan tempoh panjangnya usia perhubungan yang menjadi soal ukuran
Namun sejauh mana kita menghargai perhubungan yang dibina itu
Sejauh mana kita dapat sentiasa menganggap yang terbaik
bagi memberikan hasil yang baik dalam hubungan kita
Erti bahagia itu sangat unik hingga sebenarnya tiada apa yang salah di dunia ini
Yang memberi salah adalah kerana alpa seketika
dengan sesuatu yang sebelum ini adalah bernilai
sehingga ia dianggap sudah tiada nilai lagi
Kitalah yang memeberi makna pada nilai itu
sama ada ia akan menjadi lebih bermakna atau sebaliknya..
Sudah semestinya kita bukan orang lain untuk menciptakan bahagia nyata yang akan berkekalan hingga ke akhirnya
Bahagia yang palsu pula sesungguhnya sangat jelas di pandangan
umpama perbezaan barang yang indah dan tidak perlu lagi untuk dihias
Dengan barang yang kotor yang sedaya upaya dihias..
Walau setebal mana hiasannya
namun kekotoran itu jelas terlihat di balik hiasan yang indah yang diciptakan..
Carilah bahagia itu dengan rasa bahagia yang sebenarnya
bukan yang penuh dengan perasaan tidak ikhlas yang palsu semata..
carilah bahagia itu untuk mendapat redha Tuhan yang berkekalan
Semoga sesuatu hubungan yang baik dan ikhlas itu akan mendapat ganjaran yang baik di sisi Tuhan hendaknya..Amin Ya Rabbal Alamin

aku dan cintaku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS


Cintakan Tuhan
Cintakan Nabi
Cintakan keluarga
Cintakan sahabat
Cinta sebagainya
Cinta itu adalah kekuatan
Mengubah duri jadi mawar
Mengubah cuka jadi anggur
Mengubah sedih jadi ria
Mengubah amarah jadi ramah
Mengubah musibah jadi muhibah
Cinta itu mulia bila manusia memperindahkannya
Ia menjadi hina bila manusia mengotorkannya
Mengubah ukhwah menjadi musuh
Mengubah tawa menjadi tangis
Mengubah senyum menjadi lara

mimpi burukku

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS


Aku miliki mimpi
Mimpi yang sangat buruk
Mimpi itu bermain dalam impian
Impian yang menjadi harapan
Mimpi itu mengejar aku
Hampir setiap waktu
Mimpi masa lalu yang sangat menakutkan
Mimpi masa kini yang tiada kesudahan
Mimpi itu menghalang aku
Tika terjaga aku masih di alam mimpi itu
Ia sentiasa di ingatanku
Mengikuti langkah kakiku
Pernah ku berharap
Agar aku kehilangan mimpi dan impian itu
Kerana aku tidak mahu bermimpi
Dalam impian itu lagi

Mengakhiri Kesedihan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

sedih dikhianati
sedih putus asa
sedih kecewa

sedih itu bukanlah penghujung segala kehidupan
selagi nafas masih ada di dada pasti ada harapan baru
dalam kehidupan yang belum pasti sejauh mana panjangnya perjalanan
sedih ibarat hujan yang turun ke lembah bumi membasahi alam ciptaan Tuhan
selebat hujan yang turun ke bumi itu pasti akan reda jua akhirnya
hujan yang turun menyembunyikan sinar mentari
adakala kehilangan mentari yang sebentar itu
akan berganti dengan pelangi yang indah seusai hujan

pelangi yang indah selepas hujan itu adalah ibarat doa selepas bersedih
kesedihan yang dihadapi perlu diatasi dengan rasional
kesedihan yang berpanjangan sangat tidak bermakna dan hanya memburukkan diri sendiri
kerana kesedihan hati merasa kosong
maka isi kekosongan hati dengan doa kepada Ilahi
menamatkan kesedihan dengan doa adalah penawar paling indah
berdoa agar diberi yang terbaik dalam kehidupan
berdoa mengharap sinar di hujung jalan yang gelap dan panjang
berdoa agar diubati kesedihan dan diampunkan dosa masa silam
doa yang indah kepada sang Pencipta memohon untuk mengubati duka lara
semoga hari kemudian yang menjelma memberikan sinar yang lebih bermakna

wudhu'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiriku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan ArasyMu".
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-
tempat maksiat"
Penjelasan : tingkatkan amalam jauhi kemungkaran.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.

seketul keju & sehelai tuala kecil

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS

oleh: Ustazah Noorbayah Mahmood.

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu
rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun.INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."

Kisah Kaunseling

ilmu yang hakiki milik yang Esa bukan milik mutlak setiap insan..
usahlah berbangga dengan pengetahuan yang kita miliki
kerana ia milik Ilahi..

manfaatkanlah ilmu untuk mendapat redha-Nya
bukan untuk mendapat kepentingan peribadi..
kerana itu saya mencipa kisah kaunseling ini..