Powered By Blogger

Aku jua mencari jalan-Mu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • Reddit
  • RSS


Aku ingin sekali mati dengan syahid agar aku tidak merasakan matiku itu menjadi sia-sia

Pada saat aku merasakan hidup ini hanya sementara pinjaman dari-Nya aku tidak merasa cemburu pada perkara kebendaan yang menjadi perhiasan dunia tetapi aku sangat cemburu pada mereka yang memperoleh kekayaan sebenar dan kebahagiaan di alam yang fana.

Sekian lama hampir beberapa tahun aku seringkali mengharapkan penjelasan atas kekhilafan yang berlaku namun kini aku telah sedar sendiri aku tidak memerlukan penjelasan itu kerana aku telah memiliki pengertian sendiri lalu penjelasan itu sudah tiada makna kepada diriku. Apa yang aku rasa itu adalah rasa lalu yang telah pergi bersama masa yang aku lalui. Tiada rasa yang istimewa lagi hanya dia yang tertinggal di daerah itu. Jika aku bertemu si pencinta lagi aku hanya ingin pencinta yang tidak lagi mengukir janji kepadaku kerana janji itu hanya janji manusia biasa yang belum tentu kesudahannya.

Semoga aku semakin kurang menyalahkan orang lain atas kesalahanku
Semoga aku semakin sedikit menyesali hidup di dunia
kerana aku ingin bahagia yang lebih abadi di sana

Ya Allah Engkaulah Tuhanku
Tidak ada Tuhan selain Engkau
Engkaulah yang menjadikan aku
Sedang aku adalah hamba-Mu
Dan aku di dalam genggaman-Mu
Dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku
Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah aku lakukan
Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku
Dan aku mengaku segala dosaku
Maka ampunilah aku
Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosaku
kecuali Engkau

Ya Tuhanku itulah jalan yang aku inginkan
jalan keampunan dan keredhaan-Mu

0 comments to “Aku jua mencari jalan-Mu”

Post a Comment

Kisah Kaunseling

ilmu yang hakiki milik yang Esa bukan milik mutlak setiap insan..
usahlah berbangga dengan pengetahuan yang kita miliki
kerana ia milik Ilahi..

manfaatkanlah ilmu untuk mendapat redha-Nya
bukan untuk mendapat kepentingan peribadi..
kerana itu saya mencipa kisah kaunseling ini..